Thursday, May 22, 2008

Analisa Program Diskusi Ilmiah Mingguan Siri 1

Pada 6 April 2008, ISEUMS telah mengedarkan borang soal selidik bagi mendapat maklum balas daripada para mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Sabah mengenai Program Diskusi Ilmiah Mingguan (DIMAN) yang diadakan sebanyak enam sesi. Dengan menggunakan lima skala, kami menilai tujuh aspek termasuk masa, tempat, tajuk, penceramah, intipati ceramah, makanan, dan juga keseluruhan program. Skala yang kami gunakan adalah seperti berikut:

1- Sangat Teruk

2- Teruk

3- Sederhana

4- Baik

5- Sangat Baik

Simbol X pula digunakan bagi mewakili bahagian yang tidak ditanda. Ini bererti ada segelintir yang tidak mengisi borang soal selidik mereka secara lengkap.

Dapatan daripada soal selidik adalah seperti berikut:
1. Masa

1- 0%

2- 0%

3- 32%

4- 48%

5- 20%

2. Tempat

1- 0%

2- 0%

3- 10%

4- 28%

5- 62%

3. Tajuk

1- 0%

2- 0%

3- 11%

4- 47%

5- 42%

4. Penceramah

1- 0%

2- 1%

3- 16%

4- 64%

5- 17%

X- 1%

5. Intipati Ceramah

1- 1%

2- 1%

3- 24%

4- 51%

5- 20%

X- 3%

6. Makanan

1- 0%

2- 1%

3- 20%

4- 49%

5- 27%

X- 3%

7. Keseluruhan

1- 0%

2- 0%

3- 5%

4- 62%

5- 31%

X- 2%

Sebanyak 89% bersetuju agar Program DIMAN diteruskan pada semester hadapan manakala 11% lagi tidak menyatakan samaada mereka bersetuju atau pun tidak. Soal selidik yang dijalankan walaubagaimanapun tidak mewakili semua mahasiswa dan mahasiswi UMS tetapi hanya sebilangan kecil iaitu hanya seramai 88 orang sahaja. Semoga bilangan ini akan bertambah di masa hadapan. InsyaALLAH…..

0 comments: