Anuar Zain Masuk Kampus?
Pengerusi Ikatan Sahabat EKSAH UMS 07/08
Minggu Suai Mesra baru-baru ini berjalan dengan cukup meriah. Dalam penat lelah semua Pembimbing Suai Mesra dan pelajar baru mengharungi detik-detik waktu yang padat dan sendat, banyak pihak datang mengambil peluang mempromosi dan mempengaruhi minda-minda suci pelajar-pelajar baru untuk mengikuti pelbagai jenis program, aktiviti dan persatuan. Antara yang turut sama mencuri peluang ialah Syarikat dcBorneo, yang mengedarkan flyers Anuar Zain: A Night With Anuar Zain. Flyers berwarna dan indah yang disangkakan tiket percuma rupanya memaklumkan mereka yang berminat supaya mendapatkan tiket dengan harga RM100, RM200 atau RM300.
Universiti Malaysia Sabah malah mana-mana Universiti pun tidak asing dengan program-program sebegini. Ada yang mendakwa program-program sebegini adalah perlu demi memberi ruang kepada mahasiswa melepaskan tekanan dan berhibur. Tidak kurang juga yang mendakwa bahawa program sebegini menodai kesucian Universiti sebagai pusat ilmu dan intelek. Bagi saya sebagai Pengerusi ISEUMS dan ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang menghormati garis panduan Persatuan Mahasiswa UMS (PMUMS) , isu ini perlu ditimbang dan dianalisa berdasarkan kepada Pelan Tindakan Strategik PMUMS (PTSPMUMS) yang menyediakan garis panduan pelaksanaan kepada sebarang program yang dilaksanakan oleh PMUMS, berorientasikan objektifnya yang dimanifestasikan oleh 5K, yakni Kesarjanaan, Kokurikulum, Kesahsiahan, Kebajikan, dan Kesepaduan. Menyentuh lebih dalam lagi, objektif yang ketiga, iaitu Kesahsiahan menekankan usaha menanamkan nilai-nilai murni dan kesahsiahan dalam setiap program yang dianjurkan dengan meminimumkan aktiviti yang bercorak hedonisme.
Justeru saya bercakap mewakili Ikatan Sahabat EKSAH UMS, membantah diadakan konsert tersebut di dalam kawasan kampus yang kami cintai ini kerana memandang bahawa ia langsung tidak dapat memberi apa-apa manfaat kepada mahasiswa selain melanggar nilai kemahasiswaan dan intelek Universiti yang kami kasihi ini. Kami yakin dan percaya majoriti mereka yang akan menghadiri konsert tersebut adalah masyarakat luar kampus yang lebih berkemampuan dan cenderung kepada budaya sebegini berbanding masyarakat kampus yang sememangnya diterapkan dengan budaya tidak membazir dan nilai keintelektualan oleh para pendidik. Lebih daripada itu, kami melahirkan kebimbangan berhubung aspek keselamatan rakan-rakan kami yang berada di kampus ketika itu, samada yang sedang berulang-alik daripada kelas ataupun yang berada di lokasi-lokasi yang berhampiran dengan tempat konsert dianjurkan apabila pintu pagar dibuka seluas-luasnya kepada segenap golongan manusia. Kami meyakini bahawa bukan ini yang dimaksudkan oleh Naib Canselor sebelum ini, Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin apabila beliau sentiasa mengulang-ulang bahawa UMS adalah Universiti Rakyat dan pintu pagarnya terbuka luas untuk semua.
Kami juga mempercayai bahawa elemen hiburan yang tidak bertempat dan nilai tidak ilmiah yang mencalari kegemilangan UMS pada masa ini juga bukan sesuatu yang dihasratkan oleh Naib Canselor baru, Lt. Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon. Malah beliau begitu komited menekankan tentang pembentukan sahsiah dan jatidiri, yang terbukti melalui perutusannya sewaktu dilantik menjadi Naib Canselor baru-baru ini. Memetik kata-kata beliau, "Saya ingin menekankan aspek sahsiah diri dan integriti di kalangan warga universiti di mana setiap kakitangan perlu mempunyai nilai-nilai murni yang utuh dan bekerja sepenuhnya untuk kepentingan universiti. Kita juga perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dan memantapkan ciri-ciri keperibadian masing-masing,".
Sejarah membuktikan bahawa jika benar-benar ada kemahuan di pihak yang berkuasa untuk membuat keputusan yang betul, tidak ada yang mustahil untuk dilakukan sebagaimana dibatalkan konsert Mawi pada tahun lepas. Kami mengharapkan golongan yang sepatutnya bersuara seperti para pendidik di kalangan Ustaz dan mereka yang mempunyai kesedaran dapat bersama-sama kami melontarkan pandangan dan saranan yang telus dan bersungguh-sungguh di luar kepompong dan ruang selesa sendiri. Kami meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada pentadbiran Universiti bahawa hari-hari awal pembentukan sejarah di bawah kepimpinan baru tidak akan dicalari dan dicemari oleh perkara-perkara yang jelas merosakkan imej dan nama Universiti sebagai gedung ilmu. Kami menyokong sepenuhnya kepimpinan Naib Canselor yang baru dan berdiri teguh di belakang pihak pentadbiran Universiti dan meyakini bahawa keputusan yang terbaik akan diambil untuk kepentingan dan kebaikan semua pihak.
"Islam Untuk Semua"
"Mahasiswa Peneraju Keunggulan Ummah"
Muhammad Nadir Al-Nuri Bin Kamaruzaman,
Pengerusi,
Ikatan Sahabat EKSAH,
Universiti Malaysia Sabah.

1 comments:
hari semakin hampir namun tiada ura2 kedengaran mengatakan akan ada apa2 perubahan pada konsert ini....
posternya semakin gah berkibar diseluruh kk...
ciritera hanya berlegar2 dikalangan mereka yang mengambil berat dan peka yang hanya seramai bilangan yang mampu dikira oleh jari...
mahasiswa lain seakan tidak acuh akan perkara ini...
mungkin membatalkannnya hanya satu ilusi namun satu mekanisme diperlukan agar tidak bernanah dua kali..
Post a Comment