Semalam pihak Majlis Perwakilan Pelajar telah mengambil inisiatif berjumpa dengan pihak penganjur yang bercadang menjemput kumpulan Hujan masuk ke kampus. Ternyata apa yang dihasratkan oleh pihak penganjur, yakni Persatuan Mahasiswa Sekolah Makanan dan Pemakanan adalah untuk menjemput kumpulan Hujan mengadakan persembahan sempena majlis penutupan Karnival Makanan 2008, dan bukan konsert sebagaimana melibatkan Anuar Zain dan Hajah Deja Moss sebelum ini. Promosi telah dijalankan, artis telah dibayar dan tiket telah mula dijual. Penganjuran ini juga telah diluluskan oleh pihak Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, dan kertas kerja etika penganjuran persembahan kumpulan Hujan tersebut akan diserahkan kepada pihak Majlis secepat mungkin. Setakat ini Majlis dan ISEUMS belum lagi melakukan perbahasan lanjut tentang isu ini, dan perbincangan tersebut akan dilakukan dalam masa terdekat.
"Islam Untuk Semua"
Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman
Penegrusi Ikatan Sahabat EKSAH UMS
"Islam Untuk Semua"
Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman
Penegrusi Ikatan Sahabat EKSAH UMS
3 comments:
salam
di sini lebih kepada penyelesaiannya. jika dilihat hedonisme semakin kuat, penyampaian islam juga dikuatkan. semakin banyak band atau artis dibawa masuk, semakin banyak jugalah aktiviti keagamaan dimantapkan di institusi masjid surau n di mana- mana. so, method juga tu. makmurkan islam bersama...
Addin husnulkhuluq (agama itu adalah kemuliaan budi pekerti)
Salam WUFI
Seperkara lagi dlm penganjuran pgrm kit perlu menitik-beratkan ttg kehadiran peserta/penonton. Klu buat pgrm/kuliah tp yg datang asyik orang yg sama dalam kuantiti yang sedikit, bimbang objektif tak tercapai. Jadi, hebatkan promosi.
Salam Wasilah Ukhuwah Fillah Kembali...
Semoga kita mendapat barakah dalam kehidupan dunia dan lebih2 lagi di akhirat kelak. Biarlah kita mendapat cinta ALlah walaupun dalam kebencian manusia kerana hakikatnya manusia di akhir zaman telah ditimpa penyakit hubbun dunya. Wahai JunduLlah, sibukkanlah diri kita dgn kebaikan dan kebajikan, jika tidak kita pasti akan disibukkan oleh kebatilan yang menjahanamkan
Ana uhibbukum fillah...
Kuat ya para ansarullah sekalian!
Post a Comment