Salam Wasilah Ukhwah Fillah,
Pertama sekali terima kasih kepada semua yang cakna dan mengikuti perkembangan isu Anuar Zain Masuk Kampus ini. Tanggal 18 Julai yang lalu Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah (MPPUMS) telah mengambil inisiatif bertemu dengan pihak penganjur konsert tersebut, iaitu pihak dcBorneo bagi mendapatkan penjelasan tentang beberapa perkara. Pihak MPPUMS diwakili oleh Presiden, Saudara Hasanal Hassan Alban, Saudara Mohd Noorhafiz Mohd Nasir, Saudara Mohd Afiq Mahat, Saudara Tan Choon Fei dan saya sendiri, manakala pihak dcBorneo juga diwakili oleh 4 orang dan diketuai Encik Andy. Pertemuan semi-formal yang dijadualkan pada jam 11 pagi itu di bilik mesyuarat MPPUMS bermula lebih awal atas kesungguhan pihak dcBorneo menghadirkan diri seawal jam 10 pagi. Berikut adalah hasil perbincangan tersebut:
1. Urutan peristiwa
Encik Andy daripada dcBorneo menjelaskan bahawa Majlis A Night With Anuar Zain asalnya dirancang untuk diadakan di Sutera Harbor dengan konsep dinner show. Tetapi apabila boss dcBorneo dijemput ke International Cultural Show yang diadakan di Dewan Canselor UMS (DC) beliau tertarik dengan fasiliti dan keindahan DC, lalu meminta pihaknya mengubah lokasi program ke sana. Pihak dcBorneo pun berhubung dengan UMS dan diminta merujuk kepada banyak pihak sebelum program tersebut diluluskan. Ini semua berlaku dalam proses transisi Naib Canselor yang baru, dan keadaan ini mengundang beberapa masalah misalannya pihak HEP dan MPPUMS tidak dimaklumkan tentang program tersebut. Memetik kata-kata Presiden MPPUMS, 'program ini ibarat program dari langit.'
2. Tuntutan MPPUMS
Seusai penerangan oleh pihak dcBorneo, MPPUMS menjelaskan bahawa konsert tersebut adalah bertentangan dengan Pelan Tindakan Strategik Persatuan Mahasiswa UMS (PTSPMUMS) dan melanggar etika Kesahsiahan dan Kesarjanaan yang terdapat dalam garis panduan tersebut. MPPUMS turut menyuarakan kebimbangan di pihak kami, seperti berikut;
a) Representasi artis dari segi pakaian dan lagu yang dipersembahkan
b) Faktor keselamatan warga kampus khususnya mahasiswa bilamana pintu pagar dibuka
seluasnya kepada pihak luar
c) Sesi fotografi kalau diadakan mungkin akan menyebabkan situasi 'I milik peminat' yang
pernah menjadi isu hangat Anuar Zain berulang lagi.
d) Program ini membuka ruang kepada mahasiswa menjadikannya peluang bermadu kasih
samada di luar atau dalam dewan.
Maka tuntutan yang kami buat ialah;
a) Tiket disemak di pagar supaya orang luar yang masuk adalah yang benar-benar akan ke
konsert
b) Sesi fotografi dikawal
c) Lelaki dan perempuan dipisahkan dan duduk berasingan
Sebagai jawapan, dcBorneo memberi jaminan;
a) Artis dan lagu yang dipersembahkan dijamin tidak keterlaluan, lebih-lebih lagi Anuar Zain
mempunyai imej bersih dan lagu-lagunya adalah lagu berirama perlahan dan soap
b) Sesi fotografi tidak akan diadakan
c) Tiket akan disemak di pintu pagar utama
d) Lelaki dan perempuan tidak dapat dipisahkan tetapi seorang pegawai polis beruniform akan
ditugaskan menjaga setiap row kerusi di DC.
e) 20 anggota PDRM dan 40 anggota in-house security daripada UMS akan direkrut untuk
menjaga keselamatan dan mengawal audiens
f) Konsep malam tersebut adalah elegance and glamor, dan tidak akan timbul masalah dari segi
pemakaian
g) VIP yang dijemput adalah TYT, Ketua Menteri Sabah, Menteri Pelancongan Sabah, Datuk
Bandar dan 6 pegawai utama UMS. Jadi majlis akan berjalan dengan berprotokol dan
profesional.
h) Anuar Zain tidak akan turun daripada pentas dan kalaupun beliau berbuat demikian, beliau
akan diiringi oleh empat orang pegawai keselamatan
Selain itu, wakil daripada pihak PMUMS juga dijemput untuk memastikan perjalanan program adalah seperti yang dirancang. Pihak dcBorneo berhasrat membina hubungan baik dengan UMS dan menjalankan lagi program kerjasama di masa hadapan dan tidak bercadang untuk membuka ruang kepada wujudnya sebarang perselisihan dan kontroversi antara kedua-dua pihak.
Akhir sekali kami menegaskan bahawa semua garis panduan yang telah dipersetujui perlu diikuti supaya tidak timbul isu yang lebih besar selepas ini. Umumnya, kami di pihak MPPUMS masih berpegang kepada pendirian bahawa program seperti ini melanggar PTSPMUMS dan tidak mempunyai nilai kemahasiswaan dan kesarjanaan, tetapi memikirkan bahawa ini adalah suatu permulaan yang baik untuk membolehkan suara dan hasrat kami didengari. Kami bertekad untuk memastikan bahawa kami dibawa berbincang sekiranya program seperti ini diadakan lagi di masa hadapan, dan tidak akan memberi laluan mudah sekiranya kami tidak dilibatkan dalam memutuskan samada program sepertinya diadakan di masa-masa akan datang.
'Islam Untuk Semua'
'Mahasiswa Peneraju Keunggulan Ummah'
Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman,
Pengerusi Ikatan Sahabat EKSAH UMS.

9 comments:
Salam...
Kupasan yang menarik tapi banyak kesalahan ejaan dan tatabahasa
slm.sy slh sorg mhsswa 1st year.isu ni amat mnarik prhtian n sy trut tdk stuju dgn konsert ni.seolah-olah mmpergunakn institusi pnddkn sbgi mdium hiburan.hrp phk ums dpt b'skp telus dlm pkara ini.
"ISLAM UTK SEMUA"
Salam.
Syukran acap@ilzab atas pandangan. Semoga acap@ilzab dapat menjadi sebahagian daripada komuniti ISEUMS yang giat mempertahankan agama dan budaya bangsa..
Salam..
ana memberikan sokongan penuh terhadap apa yg telah dilakukan oleh pihak MPPUMS... dengan kemampuan yang ada...
tidak seperti mereka yang menggunakan alasan 'dakwah nafas panjang' untuk hanya menjadi pemerhati dari tepi...
salam perubahan....kalu berani turun demo....bila lagi sejarah dilakarkan diborneo...jangan siakan intlektual yang ada..serbu..lancar ops merah di dataran canselor...bangkit..jangan takut..
jadilah kalian tariq ziyad..membakar kapal sahabat supaya tidak menoleh kebelakang..berfikirlah diluar kotak pemikiran...kota istanbul tidak ditawan dengan muda tanpa perancangan yang padu...pemuda yang reveosional tidak lahir hanya didewan kuliah dan tutorial...lancarkan risalah kesedaran...sedarkan mahasiswa laian tentang bahana yang datang rentangkan kaian,baner dan bantahan sekaran " KAMI BANTAH KONSERT INI" JANGAN CUBA MELACURKAN KAMPUS KAMI DENGAN BUDAYA HEDONISME" "STUDENT POWER" risikan perlu dilakukan masnnya tela tiba...mahasiswa memimpin perubahan
Salam . . .
Asal bercakap jak anonymus ni
Sdra, zaman telah berubah pendekatan juga kena bersikap seperti "duta penyelamat dan kasih sayang".
Kami menolak demonstrasi jalanan!
Gelaran dayus dan seumpamanya kami tak kisah. Yg penting kami berjuang dengan kapasiti yang ada. Jangan simbah kemarahan 'api' dengan 'minyak'. Cukuplah. Fikirkan tindakan kita hari ini akan menadi kesan kepada generasi akan datang. Kita adalah mata rantai perjuangan. Bukan pemula, bukan juga pengakhir.
- SU Agung MPPUMS -
budaya hedonisme yang tidak dapat dielakkan di ums lagi..kita la yang bakal membawa perubahan..berfikir di luar kotak pemikiran pun ada batasannya..ingat,berfikir berdasarkan iman bukan berdasarkan nafsu!!!
Jangan hanya lantang bersuara,
buktikan dulu dengan meletakkan nama.
Kalau sekadar anonymous sahaja,
lantas mahu mencanang kata2,
mengajak bangkit tanpa mengira suasana,
dan menilai apa yang telah dibina dan yang masih ada,
wajarkah kata2 meresap ke dalam jiwa?
Hanya menambah kemarahan sahaja...
Post a Comment